Tuesday, July 13, 2010

Rumah Lelong sekitar Pekan Pahang

Ada sesiapa ingin membeli rumah lelong disekitar pekan?

Setakat ini ada 2 iaitu:
1. Semi D; GM 1429; Freehold; RP RM80K; MP RM80K; Bangunan (kediaman); 167 mp (1797 kps); 26/8/2010; No 126, Lorong Jambu 8, Taman Jambu, Pekan

2. Semi D; GM 1349; Freehold; RP RM95K; MP RM95K; Bangunan (kediaman); 253 mps (2723 kps); 26/8/2010; No 7, Lorong Rendang 1, Taman Rendang, Pekan.

Sebelum hari lelongan:
1. Tinjau hartanah tersebut
2. sediakan bank draft 5% atau 10% dari Reserved price RP atas nama Bank (pemegang gadaian) - bergantung kepada Bank.

Semasa hari lelongan:
1. Bawa salinan KP dan bank draft tersebut
2. Jika hantar wakil sahaja: Bawa surat kebenaran wakil, salinan KP pembida dan bank draf tersebut
3. Jika menang lelongan: Bawa wang tunai untuk bayar stamping fees dan bayaran 10% dari (Harga pembelian - Reserved price RP).

Jika menang:
1. 120 hari akan diberikan untuk selesaikan hutang.

Rujukan tambahan : klik sini - CIMB
Pelelong

Monday, July 5, 2010

Angan2 Lagi... Homestay atau Rumah Sewa

Homestay atau Rumah sewa ...

Mana patut beli rumah dah siap? atau bina sendiri? rumah lelong?

Kalu ada tanah boleh buat rumah
Kalu ada duit boleh beli tanah
Macam mana nak dapat duit?

Kerja kerajaan - berapa ringgit boleh kumpul dalam sebulan?

Apa patut buat?

Cari rakan kongsi? Siapa? Isteri? Kawan2?

Pinjaman? pinjaman peribadi atau perumahan?


Tuesday, June 29, 2010

Tesis bila nak siap ...

? Lulus atau gagal?
?
? viva
?
? hantar kat pengajian siswazah
?
? hantar kat penyelia untuk buat semakkan lagi
?
25/07/2010 tesis henti skejap, kena buat pembetulan jika ada bagi paper AoM (AoM proofs)
22/07/2010 Bab 2 .... ne agak banyak juga kena tambah ...
19/07/2010 Bab 1 lagi
17/07/2010 Bab 7 - tambahkan keputusan tambahan.
15/07/2010 Notis hasrat menghantar tesis dalam masa 3 bulan sudah diserahkan
05/07/2010 Bab 4, m/s 71.
04/07/2010 Bab 4, m/s 63.
02/07/2010 Bab 2, m/s 25.
01/07/2010 Bab1, m/s 23.
30/6/2010 Bab 1, m/s 18.
29/6/2010 Bab 1, m/s 13.
25/5/2010 teguran diterima untuk pembetulan.



Sokongan dan doa anak2 diperlukan pada masa ini dan selama2nya ...

Monday, June 28, 2010

Konsep rezeki masa belajar tahap phD

Salam, Saya akui belajar peringkat phd menyeronokkan pada mula tapi bila sampai saat akhir amat2 memeritkan. Bagi pengalaman sendiri, saat menyiapkan penulisan tesis jauh sekali tahap kesukaran berbanding menyiapkan jurnal atau paper prosiding. Menyiapkan jurnal hanya menfokuskan kepada 1 task sahaja sedangkan semasa menyiapkan tesis merangkumi kesemua task2 yang dibuat dari hari pertama mendaftar sehingga 3 tahun pengajian.

Ada kawan saya yang berjaya dalam masa 3 tahun, well done tapi ada yang cuba dalam 3 tahun tapi major correction dan yang lebih malang lagi gagal phD atau hanyak layak M Phil sahaja. Ada kawan saya extend dan extend lagi, lapor diri kerja... tahun ke 4-5 tahun baru dapat gelar Dr... dan ada pulak sudah jangkau 6 tahun tapi belum siap dan mungkin inilah yang dikatakan 'rezeki' kurniaan Allah.

'Rezeki' dalam phD ne bukannya akan datang bergolek begitu sahaja atau melalui mimpi semasa tidur diulik mimpi2 indah... Ia pasti memerlukan masa, tenaga, buah fikiran, usaha, dll... dan jugak yang paling penting sekali di akhirnya barulah berserah kepada Allah swt.

InsyaAllah usaha akan diteruskan, qada dan qadar Allah sememangnya sudah tersurat tapi ikhtiar dan doa insyaAllah akan sentiasa di ajukan kepadaNya. Semoga Allah memberi sedikit 'rezeki' lagi dalam pengajian phD ini ... wassalam

Tuesday, June 22, 2010

Nombor vs Angka

1. mana penting nombor atau angka ...

definasi nombor? definasi angka?

Kajian kes:

ambil sekeping duit Rm1 dan RM10.

Lihat pada not tersebut, yang dilihat itu adakah nombor atau angka?

dan yang 'disebut' didalam pemikiran anda pulak adakah nombor atau angka?

Jadi, adakah duit2 ini bernilai disebabkan nombornya atau angkanya?

Pikir2kan.....

Friday, June 18, 2010

tanah tepian pantai ...

Duit dah labor sebanyak RM2000 sebagai tanda jadi tapi keluasan sebenarnya sudah banyak berkurangan dari 5.1 ekar sudah kurang sebab hampir 1 ekar sudah di 'makan' oleh arus air sungai.
Nak teruskan atau tak 'rancangan' ini?

Thursday, June 17, 2010

Cuti-cuti ...

Cuti bermula 12/6 -16/6/2010 ... rehat minda di kampung







Monday, May 31, 2010

Tesis: Target 2010

Penyelia sudah siap semak kali pertama, cadangan penambah baikkan sudah diterima pada 26/5/2010. Ringkasnya, banyak jugak pembetulan kena dibuat!

Banyak kena usaha lagi ...

kali pertama hantar: sini

Friday, May 28, 2010

Archieves of Mechanics - Sudah diterima utk penerbitan


Alhamdulilah paper yang dihantar ke journal ini sudah diterima untuk diterbitkan sepenuhnya selepas 3 kali pembetulan. Terima kasih buat Prof Madya Dr Roslinda dan Prof Pop atas segala-galanya... Penerbitan 2010/11?

Detailnya: sini

Wednesday, May 26, 2010

Hobi baru anak2

Layan gambar ajalah ...












Tuesday, May 25, 2010

Penerima Anugerah Sanjungan 2009 - Kategori Penerbitan jurnal

Tahun 2009 hanya dapat menyumbang sekadar 1 artikel sahaja untuk hadiah sanjungan kategori penerbitan jurnal. Dapatlah saguhati RM+++ ... http://www.informaworld.com/smpp/content~db=all~content=a910919633

Bersyukur dgn apa yg ada... usaha lagi untuk tahun depan pulak ...
hadiah sanjungan tahun 2008: sini


Gambar pemenang Anugerah Bitara-
Kuantan, 4 Mei
- Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Adnan Haji Yaakob hadir meraikan staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang menunjukkan kecemerlangan dalam penyelidikan, akademik, pembangunan kualiti dan kreativiti sepanjang tahun 2009 bersempena Majlis Cendekia Bitara 2009 di Bukit Gambang Resort City (BGRS)

Sunday, May 23, 2010

Meccanica


Paper yang dihantar ke jurnal ne kena baiki kali ke 2 ... kena lipat usaha lagilah ...

Tajuk: Forced convection boundary layer flow over a horizontal circular cylinder with Newtonian heating- Meccanica (
MECC196).

Impact Factor: 0.604 (2008) *
* Journal Citation Reports®, Thomson Reuters
Link: http://www.springer.com/physics/mechanics/journal/11012


Baiki kali pertama : sini

Thursday, May 13, 2010

Archieves of mechanics


Paper yang telah dihantar kat jurnal ne kena baiki kali ke 3... sabar saja lah...

baiki kali pertama: klik sini

Sunday, May 2, 2010

Pre-Viva

7/5/2010; 3.00- 3.30 petang, PPSM, FST, UKM.