Monday, June 28, 2010

Konsep rezeki masa belajar tahap phD

Salam, Saya akui belajar peringkat phd menyeronokkan pada mula tapi bila sampai saat akhir amat2 memeritkan. Bagi pengalaman sendiri, saat menyiapkan penulisan tesis jauh sekali tahap kesukaran berbanding menyiapkan jurnal atau paper prosiding. Menyiapkan jurnal hanya menfokuskan kepada 1 task sahaja sedangkan semasa menyiapkan tesis merangkumi kesemua task2 yang dibuat dari hari pertama mendaftar sehingga 3 tahun pengajian.

Ada kawan saya yang berjaya dalam masa 3 tahun, well done tapi ada yang cuba dalam 3 tahun tapi major correction dan yang lebih malang lagi gagal phD atau hanyak layak M Phil sahaja. Ada kawan saya extend dan extend lagi, lapor diri kerja... tahun ke 4-5 tahun baru dapat gelar Dr... dan ada pulak sudah jangkau 6 tahun tapi belum siap dan mungkin inilah yang dikatakan 'rezeki' kurniaan Allah.

'Rezeki' dalam phD ne bukannya akan datang bergolek begitu sahaja atau melalui mimpi semasa tidur diulik mimpi2 indah... Ia pasti memerlukan masa, tenaga, buah fikiran, usaha, dll... dan jugak yang paling penting sekali di akhirnya barulah berserah kepada Allah swt.

InsyaAllah usaha akan diteruskan, qada dan qadar Allah sememangnya sudah tersurat tapi ikhtiar dan doa insyaAllah akan sentiasa di ajukan kepadaNya. Semoga Allah memberi sedikit 'rezeki' lagi dalam pengajian phD ini ... wassalam

No comments:

Post a Comment