Friday, April 27, 2012

Iklan: Jawatan Kosong Pensyarah Kontrak/Tetap Matematik

Assalamualaikum wbt,
 
Mohon bantuan kawan-kawan untuk menghebahkan iklan ini.  Terima kasih diatas pertolongan.
 
 
Iklan: Jawatan Kosong Pensyarah Kontrak/Tetap Matematik

Fakulti Sains & Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang sedang mencari calon yang sesuai dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan pensyarah matematik berstatus Kontrak/Tetap bagi Semester 1 2012/2013.  Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

1.         Mempunyai ijazah sekurang-kurangnya sarjana dalam bidang Matematik/Statistik dengan CGPA 3.00 dan ke atas diperingkat ijazah sarjana muda.
2.         Boleh mengajar dalam bahasa Inggeris.
3.         Boleh mengajar subjek Calculus, Applied Calculus, ODE, Discrete Structure dan Statistics
4.         Calon lelaki adalah diutamakan namun calon wanita adalah dialu-alukan untuk memohon.
5.         Bersedia untuk bertugas di kampus Gambang atau Kampus Pekan.
6.         Bersedia menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Ketua Program.
7.         Calon yang berjaya akan ditemuduga dan dikehendaki menyediakan micro teaching.
8.         Tarikh tutup permhonan adalah selewat-lewatnya 15 Jun 2012


Sesiapa yang berminat, bolehlah menghantar resume kepada


Dr Roslinazairimah Zakaria
Ketua Program (Sains)
Fakulti Sains & Teknologi Industri
Universiti Pahang Malaysia
Lebuhraya Tun Razak, 26300 Gambang
Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Off. Tel. : 095492264

Friday, April 13, 2012

ICFAS 2012 KLCC and ICAAA 2012 Turki


Angan2 tahun ne nak gi kongsi penemuan di sini... Harap2 bos luluskan permohonan awal tu.


Tanah Tepi Pagar UMP Pekan (dekat dengan Kafe Tunas Budi) untuk dijual

Status Terkini dari owner: Sudah ada pembeli dah .... Nak tahu siapa sila tanya tuan tanah, wslm.










Salam semua,

Untuk makluman semua, ada 1 lot tanah pertanian untuk dijual. Lihat plan disertakan.

Data: (maklumat dari Tuan tanah, apa2pun bila lihat itu yg betul)
1. Tanah berhampiran dgn kedai makan tunas budi, betul2 sempadan dgn pagar UMP Pekan.
2. Hakmilik selama-lamanya, tiada sekatan, rizab melayu, status pertanian.
3. Keluasan 0.7 ekar, geran 1 nama.

4. Tanah cantik utk buat rumah kediaman atau rumah sewa, tanah tinggi tak perlu tambun tapi bentuknya 3 segi (tak pa tanah luas)
5. Harga: Tetap RM 70K. Offer dari owner jika beli secara tunai/pinjaman peribadi, owner akan uruskan pertukaran nama sehingga dapat geran sebab tanah tiada sekatan dan boleh diproses terus.
Jika melalui peguam kos akan ditanggung oleh pembeli.
Sesiapa berminat bolehlah tel saya 019 9040710 (Zuki)

Tuesday, April 3, 2012

CITREx 2012




3 poster dipamerkan:

1. Mohd Zuki Salleh, Muhammad Khairul Anuar Mohamed, Nadirah Mohd Nasir, Najiyah Safwa Khasi’ie, Rahimah Jusoh@Awang, Norhafizah Moslim, Ezrinda Mohd Zahidie, 2012. Numerical investigation of stagnation point flow over a stretching sheet with Newtonian heating. CITREx 2012. 27-28 March 2012, UMP.

2. Mohd Zuki Salleh, Muhammad Khairul Anuar Mohamed, Iskandar Waini, 2012. Numerical solutions of the boundary layer flow and heat transfer over a stretching sheet with constant wall temperature and heat flux. CITREx 2012. 27-28 March 2012, UMP.

3. Najihah Mohamed, Mohd Zuki Salleh, Roziena Khairuddin, Najiyah Safwa Khasi’ie, Roslindar Nazar, 2012. Numerical investigation of free convection over a permeable horizontal flat plate embedded in aporous medium with radiation effects. CITREx 2012. 27-28 March 2012, UMP.


Keputusan: sijil penyertaan sahaja