Friday, April 27, 2012

Iklan: Jawatan Kosong Pensyarah Kontrak/Tetap Matematik

Assalamualaikum wbt,
 
Mohon bantuan kawan-kawan untuk menghebahkan iklan ini.  Terima kasih diatas pertolongan.
 
 
Iklan: Jawatan Kosong Pensyarah Kontrak/Tetap Matematik

Fakulti Sains & Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang sedang mencari calon yang sesuai dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan pensyarah matematik berstatus Kontrak/Tetap bagi Semester 1 2012/2013.  Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

1.         Mempunyai ijazah sekurang-kurangnya sarjana dalam bidang Matematik/Statistik dengan CGPA 3.00 dan ke atas diperingkat ijazah sarjana muda.
2.         Boleh mengajar dalam bahasa Inggeris.
3.         Boleh mengajar subjek Calculus, Applied Calculus, ODE, Discrete Structure dan Statistics
4.         Calon lelaki adalah diutamakan namun calon wanita adalah dialu-alukan untuk memohon.
5.         Bersedia untuk bertugas di kampus Gambang atau Kampus Pekan.
6.         Bersedia menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Ketua Program.
7.         Calon yang berjaya akan ditemuduga dan dikehendaki menyediakan micro teaching.
8.         Tarikh tutup permhonan adalah selewat-lewatnya 15 Jun 2012


Sesiapa yang berminat, bolehlah menghantar resume kepada


Dr Roslinazairimah Zakaria
Ketua Program (Sains)
Fakulti Sains & Teknologi Industri
Universiti Pahang Malaysia
Lebuhraya Tun Razak, 26300 Gambang
Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Off. Tel. : 095492264

No comments:

Post a Comment