Monday, February 20, 2012

Prof Ioan Pop di UKM pada 17/2/2012

kata-kata dari David Hilbert (1900)...














Prof. Ioan Pop, 75 tahun dari Cluj Univ Romania. Sudah terbitkan > 700 kertas kerja ...













Prof Ioan Pop (Cluj Univ, Romania) dan Prof Dr Anuar Ishak (UKM)
















Kumpulan penyelidikan 'Fluid Dynamics' semalaysia ...






Seminar Penyelidikan Matematik Sehari di UMP pada 2/2/2012





Pada 2/2/2012 telah berlangsung Seminar Penyelidikan Matematik Sehari di FIST UMP Gambang. Prof Dr Roslinda dari PPSM UKM sebagai penceramah jemputan dan telah mengendalikan seminar dari awal 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Secara ringkasnya peserta seramai 30 staf dari kalangan pensyarah matematik telah mendengar taklimat tentang penulisan jurnal, penukaran tesis kepada kertas kerja ilmiah dan pembentangan kertas kerja. Sebanyak 4 kertas kerja dibentangkan sebagai bahan perbincangan dan cadangan penambah baikan.

Harapan penganjur (Ahli RDU 110309) agar semua staf dapat manafaat dan ...

Thursday, February 16, 2012

Jurnal of Mathematics and Statistics JMS

Alhamdulilah satu lagi penerbitan bagi tahun ini (2012):

Free Convection over a Permeable Horizontal Flat Plate Embedded in a Porous Medium with Radiation Effects and Mixed Thermal Boundary Conditions

Mohd Z. Salleh , Najihah Mohamed , Roziena Khairuddin , Najiyah S. Khasi'ie, Roslinda Nazar and Ioan Pop

Journal of Mathematics and Statistics
DOI: 10.3844/jmssp.2012.122.128
Volume 8, Issue 1
Pages 122-128


Link: click here

Thursday, January 12, 2012

Pembukaan Homestay Pekan Pahang 2

Salam, homestay Pekan Pahang 2 sudah beroperasi dengan sempurnanya.

Homestay Pekan Pahang ini terletak di No 11, Lorong 18; Taman Mentiga Jaya, 26600 Pekan Pahang. Amat sesuai bagi sesiapa yang memerlukan penginapan untuk sebarang aktiviti di Pekan.

Google maps: klik di sini.


Lain-lain:

05 minit-DRB Hicom Automotif, Pasaraya Eng Hong/ Pantai Selamat, IKIM Pekan, Kolej ICAM

08 minit - Murtabak Mengkasar, Pejabat Polis, Kediaman PM
10 minit - Bandar Pekan, Istana Abu Bakar, MRSM Tun Abdul Razak, Integrasi Tun Abdul Razak, SHAH Pekan 15 minit - UMP Kuala Pahang, PLKN Tg. Gosong, Tg Selangor Pekan


Untuk tempahan: Tel: Noriah 019-9704990 atau Zuki 019-7760710;

Check-in: 02.00 petang. Check-out: 12.00 tengah hari.

Harga sewa 1 malam: RM140

Sebagai pengesahan tempahan, tuan perlu membayar deposit sebanyak RM50 ke dalam akaun Maybank 5562 3501 4545 (Mohd Zuki Bin Salleh)

Kemudahan:
Terdapat 3 bilik tidur + 1 bilik air.
Bilik utama – Aircond + kipas, 1 katil Queen + 1 katil single, almari pakaian. Bilik 2 - kipas siling, 1 katil Queen, almari pakaian. Bilik 3 - Kipas siling, 1 katil single, almari pakaian.

Peralatan - sofa, kerusi, meja makan, TV, sterika, peti ais, Rice cooker, pembakar roti, jug air letrik + Tea + Gula, gelas, dll. 3 tilam tambahan + bantal disediakan percuma.


Rumah dilengkapi dengan grill keselamatan. Ruang letak kereta berbumbung.
Di depan homestay terdapat: Kedai 7-eleven (24 jam), ATM, Restoran dan deretan gerai makan, Mini market, klinik kesihatan, Masjid Takwa

Saturday, December 31, 2011

Rumah Semi_D di Taman Perdana 2 Pekan untuk dijual

Status Terkini dari owner: Sudah ada pembeli dah .... Nak tahu siapa sila tanya tuan rumah, wslm.






Sebuah rumah semi D untuk dijual.

Alamat : No ** Lrg 2/4 Taman Perdana 2 Pekan (belakang Klinik Kesihatan Peramu atau Mahkamah Syariah Pekan).

Harga RM260K (harga tuan). Sudah baiki pagar, tambah depan, tambah belakang dan kabinet dapur, pintu pagar, pintu dan jendela sudah dipasang grill, ... 3 Bilik 2 bilik air.

Sesiapa hendak tahu lebih lanjut sila pergi dan lihat sendiri atau boleh hubungi saya di talian 019 9040710.

Tuesday, December 6, 2011

Penerbitan 2011 _Meccanica


Alhamdulilah, dapat satu lagi penerbitan bagi tahun 2011. Terima kasih banyak2 ditujukan buat PM Dr Roslinda Nazar dan Prof Pop... Banyak kena belajar lagi ne!

Tajuk: Numerical solutions of free convection boundary layer flow on a solid sphere with Newtonian heating in a micropolar fluid
Meccanica; DOI: 10.1007/s11012-011-9510-5

M. Z. Salleh, R. Nazar and I. Pop

Monday, October 10, 2011

Lambaian Kaabah_10/10/2011




Gambar: gambar diambil semasa ayah ambo mengikuti ibadat umrah jun 2011.



















Gambar: Adakah lagi peluang yang diberikan selepas ini?

Friday, September 30, 2011

Lambaian Kaabah_30/9/2011

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LambaianKaabah_Penantianberakhir/Article/index_html

KELANA JAYA: Penantian sepasang suami isteri untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima akhirnya tercapai selepas hampir 12 tahun mengumpul wang hasil perniagaan kedai runcit diusahakan dan juga wang persaraan.

Siti Sahmah Abdul Jalal, 58, berkata dia dan suami, Tarmidi Sirat, 62, amat bersyukur kerana hasil jermat-cermat dan sentiasa beringat, mereka dapat mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.


“Akhirnya, penantian kami berakhir selepas terpaksa berputih mata pada tahun lalu kerana hanya disenaraikan dalam senarai menunggu saja.

“Sebaik menerima surat daripada Tabung Haji memaklumkan nama saya dan suami tersenarai untuk menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci tahun ini, perasaan gembira dan seronok itu sukar digambarkan,” katanya berasal dari Klang.


Beliau antara jemaah haji kumpulan kedua (KT02), yang ditemui di Kompleks Haji Kelana Jaya, di sini, semalam.


Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, risau juga meninggalkan anak tersayang walaupun semuanya sudah dewasa tetapi atas dasar kepercayaan, dirinya yakin mereka mampu menjaga segala urusan rumah dengan baik.

Anaknya, Aminul Rasyid, 30, berkata ibu dan bapanya berpesan kepadanya supaya menjaga kedai runcit mereka dengan baik selain sentiasa berhubung bersama adik-beradik yang lain.


“Ibu berpesan agar kami empat beradik menjaga kesihatan dan sentiasa berbuat baik kepada semua orang.

“Pesanan itu pasti selalu diingati. Kami hanya berharap mereka dapat menunaikan ibadat Haji dengan sempurna dan akan selamat pergi dan juga pulang ke tanah air,” katanya.

Catatan untuk Bakal Tetamu Allah: Ibadat Haji 1432H




Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011 :

1. Penerbangan Pergi Pertama : 29 September 2011 (Khamis)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 5 November 2011 (Sabtu)
4. Hari Raya Haji : 6 November 2011 (Ahad)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 7, 8 dan 9 November 2011 (Isnin, Selasa, Rabu)
6. Penerbangan Balik Pertama : 13 November 2011 (Ahad)
7. Penerbangan Balik Akhir : 13 Disember 2011 (Selasa)

Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

kredit utk: http://www.illustrasiaku.com/jadual-penerbangan-haji-malaysia-2011-tabung-haji/

30/9/2011 - kawan dari selangor sudah dapat KT45 bertolak 14/10/11. Mohon 'akhir' tapi dpt 'tengah'.


Tuesday, September 27, 2011

Saturday, September 17, 2011

Revised paper lagi ... meccanica

harapan penerbitan bagi tahun 2011 ... apa keputusan agaknya?

Thursday, September 8, 2011

Senangin Resort di Pantai Seri Tujuh Tumpat Kelantan

Senangin Resort Pantai Sri 7 terletak di No 717 Pantai Sri 7, 16200 Tumpat, Kelantan. Lokasi menghadap ke teluk Pantai Sri 7. Amat sesuai bagi sesiapa yang memerlukan penginapan untuk sebarang aktiviti di Tumpat, Kelantan. Kami juga menerima pakej 'Family Day' dan tempahan BBQ jika diperlukan.

Insya Allah Selesa dan Selamat.

Klik sini untuk tahu lokasi : Google Maps
Laman Web: http://senanginresorttumpatkelantan.blogspot.com/

Lain-lain kemudahan:
- 30 m ke Pantai Sri 7
- 500 m ke MRSM Tumpat
- 4 km ke kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor
- 30 m ke Medan Selera di Pantai Sri 7 (dibuka dari jam 12 thari hingga 2 pagi).

Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah telefon Pn Marizan 019-9361444 atau En Yusof 013-9310717.

"INSYA ALLAH SELESA DAN SELAMAT"

Homestay di Taman Mentiga Jaya Pekan Pahang

Salam, Homestay Pekan Pahang sedia di sewa, terdapat 3 bilik, 2 bilik air, 1
aircond, 1 pemanas air, WiFi percuma, parking kereta berbumbung, etc... Berdekatan MRSM Pekan, SBP Integrasi Pekan, IKM Pekan,
SHAH Pekan, iCAM, IKM Pekan, HICOM, Ibupejabat Polis, Rumah PM, Dewan
Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Pahang.

http://homestaypekanpahang.blogspot.com/

Harga sewa: 1 malam RM160. Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah telefon 019-9704990.

Monday, September 5, 2011

Mohon Sumbangan Derma Pembinaan Masjid

20/3/2012: Ambo balik kg minggu lepas dan dapat sembahyang di masjid ne. Separuh ruang sembahyang hanya sekadar 'boleh guna' dan tak siap sepenuhnya. Separuh ruang sembahyang lagi memang dalam proses pembinaan. Bahagian luar masjid langsung belum di plaster lagi.
Pada hemat saya baru 60% siap.
Jadi sumbangan masih lagi diperlukan bagi menyiapkan sepenuhnya. Marilah sama bersedekah barangan atau wang untuk bekalan di hari akhirat nanti. Tidak rugi tuan2.






Gambar: progress setakat 15/12/2011



Salam Semua,

Baru2 ne balik kg sempena cuti raya puasa di Kg baru nelayan, 16200 Tumpat, Kelantan... Kebetulan surau yang kami sembahyang pagi raya sedang dalam pembinaan. Jadi nak kongsi dengan kawan2 salah satu cara membuat 'pelaburan akhirat'. Jadi sama2lah kita menyumbang ... bayangkan selepas siap surau bertukar status jadi masjid dan ramai akan gunakan maka pasti 'pelaburan' akan meningkat mendadak2 sepanjang hayat.

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Bendahari 012-9632682; setiausaha 019-9122911; pengerusi 019-9249214. No A/C: Maybank 1530 9200 9466. Wsllm.