Tuesday, September 21, 2010

Raya Puasa 1431/2010

Raya puasa 1431/2010 ...








Tuesday, September 7, 2010

Salam Hari Raya Puasa 1431


Kenangan raya tahun 2009 (1430H)

Thursday, September 2, 2010

The 2nd International Conference on Mathematical Sciences, ICMS2 2010, 30 Nov - Dec 2010, KL Malaysia

Paper:

NUMERICAL INVESTIGATION OF FREE CONVECTION OVER A PERMEABLE HORIZONTAL FLAT PLATE EMBEDDED IN A POROUS MEDIUM WITH radiation effects and MIXED THERMAL BOUNDARY CONDITIONS


MOHD ZUKI SALLEH, NAJIHAH MOHAMED, ROZIEANA KHAIRUDDIN,

NAJIYAH SAFWA KHASI’IE & ROSLINDA NAZAR

Abstract: In this paper, the mathematical modelling of free convection boundary layer flow over a permeable horizontal flat plate embedded in a porous medium under mixed thermal boundary conditions and radiation effects, is considered. The transformed boundary layer equations are solved numerically using the shooting method. Numerical solutions are obtained for the wall temperature, the heat transfer coefficient, as well as the velocity and temperature profiles. The features of the flow and heat transfer characteristics for different values of the radiation parameter , the mixed thermal boundary condition parameter and the suction or injection parameter are analyzed and discussed.

Keywords: Free convection; permeable horizontal flat plate; porous medium, mixed thermal boundary conditions; radiation.


Important Dates:

Abstract Deadline : 31 May 2010 30 June 2010*
Notification of abstract acceptance: 15 July 2010
Conference Registration : 1 September 2010 (Early birds)
Full Paper Deadline : 15 September 2010


Link: Klik

Wednesday, August 11, 2010

Journal of Engineering Mathematics - sudah diterima untuk diterbitkan


Alhamdulilah, inilah dikatakan rezeki tuhan sempena menyambut bulan Ramadhan.

Ini rezeki 'terpijak',... dari idea bernas paper ne terutamanya Prof Merkin telah menyebabkan paper2 lain terikut2 dengan idea yang dihasilkan daripada paper ini. Terima kasih jugak buat Prof Madya Dr Roslinda (UKM, penyelia ambo ne), Prof Madya Dr Norihan(dulu sekolah skali tapi dia rajin ngaji, la ne jadi bos dah di FST UPM) dan Prof Ioan Pop (Ne sifuu dari Romania) di atas segalanya...

Impact Factor: 0.691 (2009) *

* Journal Citation Reports®, Thomson Reuters

Abstracted/Indexed in:

Academic OneFile, Chemical Abstracts Service (CAS), Compendex, CSA/Proquest, Current Abstracts, Current Contents/Engineering, Computing and Technology, Current Index to Statistics, Digital Mathematics Registry, EBSCO, Fluidex, Gale, GeoRef, Google Scholar, INIS Atomindex, Inspec, Journal Citation Reports/Science Edition, Mathematical Reviews, Mechanical Engineering Abstracts, OCLC, Science Citation Index, Science Citation Index Expanded (SciSearch), SCOPUS, Summon by Serial Solutions, VINITI - Russian Academy of Science, Zentralblatt Math

Paper: M. Z. Salleh, R. Nazar, N.M. Arifin, I. Pop and J.H. Merkin (2009), Forced convection heat transfer over a horizontal circular cylinder with Newtonian Heating

Link full paper: CLICK HERE

Puasa Vs Perokok

Hari pertama puasa ...

(ehsan gambar dari Tukar Tiub)










Hari ke 6 puasa











Hari ke 16 puasa ...


Tuesday, August 10, 2010

Heat and Mass Transfer - Sudah diterima untuk diterbitkan


Alhamdulilah ... sudah diterima untuk diterbitkan. Rezeki bagi menyambut Ramadhan Al Mubarak ...

LINK: klik sini

Wednesday, July 28, 2010

Heat and Mass Transfer - minor revision lagi


Kena buat revision lagi ... kali ke 2 dah. Sabar sikit lagi.

Tajuk: Mixed convection boundary layer flow over a horizontal circular cylinder with Newtonian heating

Impact Factor: 0.786 (2009) *

* Journal Citation Reports®, Thomson Reuters

Abstracted/Indexed in:

Academic OneFile, Academic Search, Astrophysics Data System (ADS), CEABA-VtB, Chemical Abstracts Service (CAS), Chimica, Compendex, Current Abstracts, Current Contents/Engineering, Computing and Technology, DECHEMA, Gale, Google Scholar, INIS Atomindex, Inspec, Journal Citation Reports/Science Edition, OCLC, PASCAL, Science Citation Index, Science Citation Index Expanded (SciSearch), SCOPUS, Summon by Serial Solutions, TOC Premier, VINITI - Russian Academy of Science

Monday, July 26, 2010

Akhirnya - Jurnal Sains Malaysia 2010



Alhamdulilah, paper ini sudah diterbitkan sepenuhnya di J Sains malaysiana. Terima kasih setinggi-tingginya buat Prof Madya Dr Roslinda Nazar atas segalanya.



Mohd Zuki Salleh & Roslinda Nazar, Free Convection Boundary Layer Flow over a Horizontal Circular Cylinder with Newtonian Heating (Aliran Lapisan Sempadan Olakan Bebas Terhadap Silinder Bulat Mengufuk dengan Pemanasan Newtonan), Sains Malaysiana, Volume 39, Number 4, 671-676, August 2010


Detailnya : sini

SAINS MALAYSIANA is indexed and abstracted in ISI Thomson Reuters (Science Citation Index Expanded/SciSearch®, Journal Citation Reports/Science Edition), SCOPUS, Chemical Abstracts and Zentralblatt MATH.

Tuesday, July 13, 2010

Rumah Lelong sekitar Pekan Pahang

Ada sesiapa ingin membeli rumah lelong disekitar pekan?

Setakat ini ada 2 iaitu:
1. Semi D; GM 1429; Freehold; RP RM80K; MP RM80K; Bangunan (kediaman); 167 mp (1797 kps); 26/8/2010; No 126, Lorong Jambu 8, Taman Jambu, Pekan

2. Semi D; GM 1349; Freehold; RP RM95K; MP RM95K; Bangunan (kediaman); 253 mps (2723 kps); 26/8/2010; No 7, Lorong Rendang 1, Taman Rendang, Pekan.

Sebelum hari lelongan:
1. Tinjau hartanah tersebut
2. sediakan bank draft 5% atau 10% dari Reserved price RP atas nama Bank (pemegang gadaian) - bergantung kepada Bank.

Semasa hari lelongan:
1. Bawa salinan KP dan bank draft tersebut
2. Jika hantar wakil sahaja: Bawa surat kebenaran wakil, salinan KP pembida dan bank draf tersebut
3. Jika menang lelongan: Bawa wang tunai untuk bayar stamping fees dan bayaran 10% dari (Harga pembelian - Reserved price RP).

Jika menang:
1. 120 hari akan diberikan untuk selesaikan hutang.

Rujukan tambahan : klik sini - CIMB
Pelelong

Monday, July 5, 2010

Angan2 Lagi... Homestay atau Rumah Sewa

Homestay atau Rumah sewa ...

Mana patut beli rumah dah siap? atau bina sendiri? rumah lelong?

Kalu ada tanah boleh buat rumah
Kalu ada duit boleh beli tanah
Macam mana nak dapat duit?

Kerja kerajaan - berapa ringgit boleh kumpul dalam sebulan?

Apa patut buat?

Cari rakan kongsi? Siapa? Isteri? Kawan2?

Pinjaman? pinjaman peribadi atau perumahan?


Tuesday, June 29, 2010

Tesis bila nak siap ...

? Lulus atau gagal?
?
? viva
?
? hantar kat pengajian siswazah
?
? hantar kat penyelia untuk buat semakkan lagi
?
25/07/2010 tesis henti skejap, kena buat pembetulan jika ada bagi paper AoM (AoM proofs)
22/07/2010 Bab 2 .... ne agak banyak juga kena tambah ...
19/07/2010 Bab 1 lagi
17/07/2010 Bab 7 - tambahkan keputusan tambahan.
15/07/2010 Notis hasrat menghantar tesis dalam masa 3 bulan sudah diserahkan
05/07/2010 Bab 4, m/s 71.
04/07/2010 Bab 4, m/s 63.
02/07/2010 Bab 2, m/s 25.
01/07/2010 Bab1, m/s 23.
30/6/2010 Bab 1, m/s 18.
29/6/2010 Bab 1, m/s 13.
25/5/2010 teguran diterima untuk pembetulan.



Sokongan dan doa anak2 diperlukan pada masa ini dan selama2nya ...

Monday, June 28, 2010

Konsep rezeki masa belajar tahap phD

Salam, Saya akui belajar peringkat phd menyeronokkan pada mula tapi bila sampai saat akhir amat2 memeritkan. Bagi pengalaman sendiri, saat menyiapkan penulisan tesis jauh sekali tahap kesukaran berbanding menyiapkan jurnal atau paper prosiding. Menyiapkan jurnal hanya menfokuskan kepada 1 task sahaja sedangkan semasa menyiapkan tesis merangkumi kesemua task2 yang dibuat dari hari pertama mendaftar sehingga 3 tahun pengajian.

Ada kawan saya yang berjaya dalam masa 3 tahun, well done tapi ada yang cuba dalam 3 tahun tapi major correction dan yang lebih malang lagi gagal phD atau hanyak layak M Phil sahaja. Ada kawan saya extend dan extend lagi, lapor diri kerja... tahun ke 4-5 tahun baru dapat gelar Dr... dan ada pulak sudah jangkau 6 tahun tapi belum siap dan mungkin inilah yang dikatakan 'rezeki' kurniaan Allah.

'Rezeki' dalam phD ne bukannya akan datang bergolek begitu sahaja atau melalui mimpi semasa tidur diulik mimpi2 indah... Ia pasti memerlukan masa, tenaga, buah fikiran, usaha, dll... dan jugak yang paling penting sekali di akhirnya barulah berserah kepada Allah swt.

InsyaAllah usaha akan diteruskan, qada dan qadar Allah sememangnya sudah tersurat tapi ikhtiar dan doa insyaAllah akan sentiasa di ajukan kepadaNya. Semoga Allah memberi sedikit 'rezeki' lagi dalam pengajian phD ini ... wassalam

Tuesday, June 22, 2010

Nombor vs Angka

1. mana penting nombor atau angka ...

definasi nombor? definasi angka?

Kajian kes:

ambil sekeping duit Rm1 dan RM10.

Lihat pada not tersebut, yang dilihat itu adakah nombor atau angka?

dan yang 'disebut' didalam pemikiran anda pulak adakah nombor atau angka?

Jadi, adakah duit2 ini bernilai disebabkan nombornya atau angkanya?

Pikir2kan.....

Friday, June 18, 2010

tanah tepian pantai ...

Duit dah labor sebanyak RM2000 sebagai tanda jadi tapi keluasan sebenarnya sudah banyak berkurangan dari 5.1 ekar sudah kurang sebab hampir 1 ekar sudah di 'makan' oleh arus air sungai.
Nak teruskan atau tak 'rancangan' ini?

Thursday, June 17, 2010

Cuti-cuti ...

Cuti bermula 12/6 -16/6/2010 ... rehat minda di kampung