Friday, September 30, 2011

Lambaian Kaabah_30/9/2011

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LambaianKaabah_Penantianberakhir/Article/index_html

KELANA JAYA: Penantian sepasang suami isteri untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima akhirnya tercapai selepas hampir 12 tahun mengumpul wang hasil perniagaan kedai runcit diusahakan dan juga wang persaraan.

Siti Sahmah Abdul Jalal, 58, berkata dia dan suami, Tarmidi Sirat, 62, amat bersyukur kerana hasil jermat-cermat dan sentiasa beringat, mereka dapat mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.


“Akhirnya, penantian kami berakhir selepas terpaksa berputih mata pada tahun lalu kerana hanya disenaraikan dalam senarai menunggu saja.

“Sebaik menerima surat daripada Tabung Haji memaklumkan nama saya dan suami tersenarai untuk menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci tahun ini, perasaan gembira dan seronok itu sukar digambarkan,” katanya berasal dari Klang.


Beliau antara jemaah haji kumpulan kedua (KT02), yang ditemui di Kompleks Haji Kelana Jaya, di sini, semalam.


Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, risau juga meninggalkan anak tersayang walaupun semuanya sudah dewasa tetapi atas dasar kepercayaan, dirinya yakin mereka mampu menjaga segala urusan rumah dengan baik.

Anaknya, Aminul Rasyid, 30, berkata ibu dan bapanya berpesan kepadanya supaya menjaga kedai runcit mereka dengan baik selain sentiasa berhubung bersama adik-beradik yang lain.


“Ibu berpesan agar kami empat beradik menjaga kesihatan dan sentiasa berbuat baik kepada semua orang.

“Pesanan itu pasti selalu diingati. Kami hanya berharap mereka dapat menunaikan ibadat Haji dengan sempurna dan akan selamat pergi dan juga pulang ke tanah air,” katanya.

Catatan untuk Bakal Tetamu Allah: Ibadat Haji 1432H




Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011 :

1. Penerbangan Pergi Pertama : 29 September 2011 (Khamis)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 5 November 2011 (Sabtu)
4. Hari Raya Haji : 6 November 2011 (Ahad)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 7, 8 dan 9 November 2011 (Isnin, Selasa, Rabu)
6. Penerbangan Balik Pertama : 13 November 2011 (Ahad)
7. Penerbangan Balik Akhir : 13 Disember 2011 (Selasa)

Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

kredit utk: http://www.illustrasiaku.com/jadual-penerbangan-haji-malaysia-2011-tabung-haji/

30/9/2011 - kawan dari selangor sudah dapat KT45 bertolak 14/10/11. Mohon 'akhir' tapi dpt 'tengah'.


Tuesday, September 27, 2011

Saturday, September 17, 2011

Revised paper lagi ... meccanica

harapan penerbitan bagi tahun 2011 ... apa keputusan agaknya?

Thursday, September 8, 2011

Senangin Resort di Pantai Seri Tujuh Tumpat Kelantan

Senangin Resort Pantai Sri 7 terletak di No 717 Pantai Sri 7, 16200 Tumpat, Kelantan. Lokasi menghadap ke teluk Pantai Sri 7. Amat sesuai bagi sesiapa yang memerlukan penginapan untuk sebarang aktiviti di Tumpat, Kelantan. Kami juga menerima pakej 'Family Day' dan tempahan BBQ jika diperlukan.

Insya Allah Selesa dan Selamat.

Klik sini untuk tahu lokasi : Google Maps
Laman Web: http://senanginresorttumpatkelantan.blogspot.com/

Lain-lain kemudahan:
- 30 m ke Pantai Sri 7
- 500 m ke MRSM Tumpat
- 4 km ke kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor
- 30 m ke Medan Selera di Pantai Sri 7 (dibuka dari jam 12 thari hingga 2 pagi).

Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah telefon Pn Marizan 019-9361444 atau En Yusof 013-9310717.

"INSYA ALLAH SELESA DAN SELAMAT"

Homestay di Taman Mentiga Jaya Pekan Pahang

Salam, Homestay Pekan Pahang sedia di sewa, terdapat 3 bilik, 2 bilik air, 1
aircond, 1 pemanas air, WiFi percuma, parking kereta berbumbung, etc... Berdekatan MRSM Pekan, SBP Integrasi Pekan, IKM Pekan,
SHAH Pekan, iCAM, IKM Pekan, HICOM, Ibupejabat Polis, Rumah PM, Dewan
Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Pahang.

http://homestaypekanpahang.blogspot.com/

Harga sewa: 1 malam RM160. Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah telefon 019-9704990.

Monday, September 5, 2011

Mohon Sumbangan Derma Pembinaan Masjid

20/3/2012: Ambo balik kg minggu lepas dan dapat sembahyang di masjid ne. Separuh ruang sembahyang hanya sekadar 'boleh guna' dan tak siap sepenuhnya. Separuh ruang sembahyang lagi memang dalam proses pembinaan. Bahagian luar masjid langsung belum di plaster lagi.
Pada hemat saya baru 60% siap.
Jadi sumbangan masih lagi diperlukan bagi menyiapkan sepenuhnya. Marilah sama bersedekah barangan atau wang untuk bekalan di hari akhirat nanti. Tidak rugi tuan2.






Gambar: progress setakat 15/12/2011



Salam Semua,

Baru2 ne balik kg sempena cuti raya puasa di Kg baru nelayan, 16200 Tumpat, Kelantan... Kebetulan surau yang kami sembahyang pagi raya sedang dalam pembinaan. Jadi nak kongsi dengan kawan2 salah satu cara membuat 'pelaburan akhirat'. Jadi sama2lah kita menyumbang ... bayangkan selepas siap surau bertukar status jadi masjid dan ramai akan gunakan maka pasti 'pelaburan' akan meningkat mendadak2 sepanjang hayat.

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Bendahari 012-9632682; setiausaha 019-9122911; pengerusi 019-9249214. No A/C: Maybank 1530 9200 9466. Wsllm.