Tuesday, June 29, 2010

Tesis bila nak siap ...

? Lulus atau gagal?
?
? viva
?
? hantar kat pengajian siswazah
?
? hantar kat penyelia untuk buat semakkan lagi
?
25/07/2010 tesis henti skejap, kena buat pembetulan jika ada bagi paper AoM (AoM proofs)
22/07/2010 Bab 2 .... ne agak banyak juga kena tambah ...
19/07/2010 Bab 1 lagi
17/07/2010 Bab 7 - tambahkan keputusan tambahan.
15/07/2010 Notis hasrat menghantar tesis dalam masa 3 bulan sudah diserahkan
05/07/2010 Bab 4, m/s 71.
04/07/2010 Bab 4, m/s 63.
02/07/2010 Bab 2, m/s 25.
01/07/2010 Bab1, m/s 23.
30/6/2010 Bab 1, m/s 18.
29/6/2010 Bab 1, m/s 13.
25/5/2010 teguran diterima untuk pembetulan.



Sokongan dan doa anak2 diperlukan pada masa ini dan selama2nya ...

Monday, June 28, 2010

Konsep rezeki masa belajar tahap phD

Salam, Saya akui belajar peringkat phd menyeronokkan pada mula tapi bila sampai saat akhir amat2 memeritkan. Bagi pengalaman sendiri, saat menyiapkan penulisan tesis jauh sekali tahap kesukaran berbanding menyiapkan jurnal atau paper prosiding. Menyiapkan jurnal hanya menfokuskan kepada 1 task sahaja sedangkan semasa menyiapkan tesis merangkumi kesemua task2 yang dibuat dari hari pertama mendaftar sehingga 3 tahun pengajian.

Ada kawan saya yang berjaya dalam masa 3 tahun, well done tapi ada yang cuba dalam 3 tahun tapi major correction dan yang lebih malang lagi gagal phD atau hanyak layak M Phil sahaja. Ada kawan saya extend dan extend lagi, lapor diri kerja... tahun ke 4-5 tahun baru dapat gelar Dr... dan ada pulak sudah jangkau 6 tahun tapi belum siap dan mungkin inilah yang dikatakan 'rezeki' kurniaan Allah.

'Rezeki' dalam phD ne bukannya akan datang bergolek begitu sahaja atau melalui mimpi semasa tidur diulik mimpi2 indah... Ia pasti memerlukan masa, tenaga, buah fikiran, usaha, dll... dan jugak yang paling penting sekali di akhirnya barulah berserah kepada Allah swt.

InsyaAllah usaha akan diteruskan, qada dan qadar Allah sememangnya sudah tersurat tapi ikhtiar dan doa insyaAllah akan sentiasa di ajukan kepadaNya. Semoga Allah memberi sedikit 'rezeki' lagi dalam pengajian phD ini ... wassalam

Tuesday, June 22, 2010

Nombor vs Angka

1. mana penting nombor atau angka ...

definasi nombor? definasi angka?

Kajian kes:

ambil sekeping duit Rm1 dan RM10.

Lihat pada not tersebut, yang dilihat itu adakah nombor atau angka?

dan yang 'disebut' didalam pemikiran anda pulak adakah nombor atau angka?

Jadi, adakah duit2 ini bernilai disebabkan nombornya atau angkanya?

Pikir2kan.....

Friday, June 18, 2010

tanah tepian pantai ...

Duit dah labor sebanyak RM2000 sebagai tanda jadi tapi keluasan sebenarnya sudah banyak berkurangan dari 5.1 ekar sudah kurang sebab hampir 1 ekar sudah di 'makan' oleh arus air sungai.
Nak teruskan atau tak 'rancangan' ini?

Thursday, June 17, 2010

Cuti-cuti ...

Cuti bermula 12/6 -16/6/2010 ... rehat minda di kampung