Thursday, December 31, 2009

Article Publication Charge : SRX Physics


Hari ne dari jam 2.00- 4.50 petang pergi ke UMP utk bereskan bayaran Article Publication Charge utk Jurnal SRX Physics. . Kalu EJSR dulu bayar dulu guna card credit dan baru claim. Tapi kali ne malas nak guna duit sendiri dulu, nak belajar mcmana guna peruntukan grant pulak.....Terpaksalah ke UMP.. mengadap hormat. Bermula dengan En F di bahagian bendahari, lepas tu berjmpa En R di PNI, seterusnya ke FIST. Nasib baik Ketua Penyelidik (ambo jadi ahli saja) setuju untuk membuat pembayaran. La ne dok tunggu kelulusan terakhir dari Dekan FIST untuk kelulusan seblm dihantar ke PNI dan seterusnya bahagian bendahari untuk pembayaran...

Wednesday, December 30, 2009

SRX Physics sudah diterima untuk diterbitkan...

Alhamdulilah paper untuk SRX Physics sudah diterima untuk diterbitkan selepas 2 kali kena revised... sabar saja lah.... Bolehlah tambah lagi koleksi penerbitan tahun 2010.

Friday, December 25, 2009

Patah Kaki dan Cara Rawatan




Minggu lepas pergi melawat abang ipar yang terjatuh tangga dan tulang dekat pergelangan kaki patah. Gambar tu adalah x-ray apa yang dilakukan oleh Dr di sebuah hospital swasta di Kota Bharu. Bayangkan proses bedah yang dilakukan untuk masukkan besi, dan mungkin, dalam masa 4 tahun kemudian bedah lagi untuk keluarkan besi tadi. Kalu sudah berumur, rasanya baik biarkan saja selamanya sehingga akhir hayat dikandung badan...

Tuesday, December 22, 2009

SRX Physics - kena buat pembetulan lagi ... kali ke 2 dah...

2 hari lepas reviewer bagi Jurnal SRX Physics suruh buat pembetulan lagi. Ada benda yang dia tak puas hati lagi. Kena run program lagi. Harap2 kali ini lepaslah....

Link : http://syrexe.com/physics/
Tajuk: Mixed Convection Boundary Layer Flow from a Solid Sphere with Newtonian Heating in a Micropolar Fluid.

Monday, December 14, 2009

Cuti-cuti malaysia : melaka vs kelate

4-5 hari di melaka dan 4-5 hari lagi di kelate. Semoga perjalanan berjalan lancar....

Sunday, December 13, 2009

Badminton: Bila dah ketagih nak main ...


Semalam alhamdulilah dapat main badminton lagi. Walaupun banyak tugasan belum selesai tapi kesihatan badan kena jaga jugak. Gambar ini diambil minggu lepas masa musim hujan lebat melanda Pekan. Disebabkan semangat berkobar2 nak main, gelanggan yang dipenuhi airpun sanggup keringkan... kalu buat kerja macam ne dirumahkan bagus... Pasti oghe tambah sayang...

Saturday, December 12, 2009

Ahli Surau Kg Baru Pulau Serai, Pekan








Ini adalah barisan anak2 khariah, ahli serta AJK Surau Kg Baru Pulau Serai Pekan sesi 2008/2010.

Apa-apapun makan dulu.... Tkasih pada tukang masak tersohor di sini Pak Kassim, Pak Cik Mat Piah dan Pak Lang... dan lain2 sebagai tukang makan.

Numerical Computation: Keller-box method Vs Shooting method Vs Runge-Kutta-Fehlberg

Setakat ini sudah boleh guna 3 kaedah ini dalam penyelesaian masalah melibatkan PDE (Keller box method sahaja) dan ODE (Ketiga3 kaedah boleh guna)...Syukur alhamdulilah

Monday, December 7, 2009

SKSM17_2009 di Hotel Mahkota Melaka


(majlis makan malam SKSM 17 di mahkota hotel, melaka; nota- gambar cikgu masa di UPM (masa tu Univrsiti pertanian malaysia) dan rakan sekerja, Sham)





Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-17

Tarikh Simposium: 15-17 Disember 2009

Slot Pembentangan: 15/12/09 jam 14:00 -14.20 (SESI 2B TIARA 1 & 2)

Tajuk: FREE CONVECTION BOUNDARY LAYER FLOW NEAR THE LOWER STAGNATION POINT OF A HORIZONTAL CIRCULAR CYLINDER WITH NEWTONIAN HEATING IN A MICROPOLAR FLUID
by Mohd Zuki Salleh dan Roslinda Nazar

Friday, December 4, 2009

JTICE: kena revised paper lagi...


Alhamdulilah 1 paper lagi sudah terima untuk dibetulkan. harap2 ada rezeki untuk paper ini juga.

Paper Title: Boundary layer flow and heat transfer over a stretching sheet with Newtonian heating.

Link: http://www.elsevier.com/wps/find/journaldescription.cws_home/715607/description#description

Impact Factor 2008: 1.114

Thursday, December 3, 2009

Archieves of Mechanics: kena revised paper lagi


Link: http://am.ippt.gov.pl/

Impact factor 2008 0.519.

Abstracted/indexed in:
Science Citation Index Expanded (SciSearch, Thomson ISI, Philadelphia), ISI Alerting Services, Current Contents/Engineering, Computing, and Technology, Materials Science Citation Index, Applied Mechanics Reviews, Current Mathematical Publications, Mathematical Reviews, MathSci, Zentralblatt für Mathematik, UnCover, Inspec.

Paper Title: Mixed convection boundary layer flow about a solid sphere with Newtonian heating. (AoM-56/09/f)

Kena buat correction. Ada 3 reviewer, banyak betul komen2 yang disertakan. Nasib baik Prof Pop dan PM Dr Roslinda banyak membantu .... Harap2 ada rezeki lagi kali ini untuk tambah koleksi penerbitan 2010.

Tuesday, December 1, 2009

Date Line Lagi...........

InsyaAllah dalam 1 minggu ne diberi kekuatan untuk selesaikan tugasan yang 'tiba-tiba' muncul serentak:

1. Revised paper SRX Physics (SCOPUS)
- NH11_MC_Sphere_MF. (selesai pada 2/12/09)

2. Revised paper EMAC 09 [http://www.maths.adelaide.edu.au/emac2009/]
- NH13_MC_Cylinder_MF. (selesai draf pada 2/12/09)

3. Power point presentation EMAC 09
- NH13_MC_Cylinder_MF. (selesai draf pada 3/12/09)

4. Revised paper Archieves of Mechanics
- ISI journal with impact factor 2008 = 0.519
- NH7_MC_Sphere_VF.